20 February 2010

Best Tak Kalau Memiliki BumbleBEC??

Dibebel oleh aneszailani pada 10:40 PM
www.tips-fb.com
Amaran awal : 
Bagi wanita mengandung, anda tidak digalakkan membaca sama sekali mahupun 2 kali..Dikhuatiri anda akan mengalami morning sickness di tahap melampau..
Bagi yang tidak mengandung, sila prepare siap² paper bag (plastic bag mungkin lebih berkesan) berhampiran anda supaya tidak menyusahkan diri anda sendiri untuk mengemop lantai ataupun meja belajar anda..
*Banyaknye word ANDA?? Sila abaikan...

Baiklah..Anda sudah bersedia?? Ayuh kita mulakan...

Ini cerita tentang KAMI
Tentang kasih KAMI
Yang telah terjalin lebih setahun lamanya
Cinta KAMI sungguh suci
Bersama sentiasa di kala suka & duka
Saling setia menemani ke mana jua
Walau harus berpanas, berhujan, juga berembun
Tak pernah sekalipun beliau menghiraukan
Apatah lagi mengeluarkan secebis keluhan
Inilah yang aku perlukan

Kaulah KEKASIH

Namun
Tragedi memisahkan kita
Kau harus ku lepaskan sementara
Demi keluarga tercinta
Maaf, aku terpaksa
Sungguh aku tak rela
Sabarlah sayang, ini tanggungjawab kita
Berkhidmatlah kau dengan sempurna
Aku berjanji akan terus setia

Empat purnama lamanya
Jarak memisahkan kita
Di penghujung waktu, kita bertemu semula
Tetapi sungguh aku hampa
Kau berubah akhirnya
Soalnya : MENGAPA??
Berikan aku jawapan segera


YA!!!
Ni la dia Centa Hati aku
Nama beliau BECKHAM
Glamer tak?? haha
Dan ya, aku paham perasaan korang
Harap bersabar yek 

Ohh..Pesanan buat BECKHAM, sila jangan jawab soalan di atas tadi..Jika kau jawab, aku akan lari..

Bukan itu motif aku membebel arini..Anggap je tadi tu sebagai intro..Wahh..Intro panjang kemain..haha..Marah la tu..rilex k..chill.. =p
OK..OK..xmau main² lagi..Kite masuk mode serius pulak..Masih lagi berkisar tentang BECKHAM..Kan aku dah kata, betul la tadi tu intro..So aku tak salah la kan..hehe

Nama BECKHAM tu bukan aku yang letak..Rakan² aku yang panggil gitu..So BEC aku pon pasrah je la..Lagipun nama tu kedengaran cool kan?? So ok la tu..Sape tak puas hati sila dok diam²..pendapat anda tidak akan dihiraukan..haha
Ok..Aku tau mungkin Edward Cullen lebih cool tapi aku tetap mahu BECKHAM..

Berdasarkan bebelan di awal entri tadi, ada disebutkan yang kami terpisah selama 4 bulan kan..Haaaa...Tu la dia permulaan crita..
For some reason, kami terpaksa dipisahkan..Dan sepanjang perpisahan itu, orang laen yang take over encek BECKHAM ni..Berada di bawah jagaan orang asing buat aku rasa was²..Adakah encek BECKHAM akan selamat?? Tu yang kita tak tau..
Akhirnya kami bertemu semula..Semalam..Dan aku sangat terkejot!! encek BECKHAM dah transpom...Menjadi sebuah lori...huuuu...Sangat sadis!!
OK..Aku agak over...Encek BECKHAM cuma bebunyik macam sebuah lori..Masih sadis bukan?? Jangankan aku, adek² aku pon ikot tekejot monyet manusia..Memasing kepoh tanya aku :  
Anes, apasal bunyik dia camtu?? Terok sangat dengonye..Macam lori dahh~ 
T_T

Disebabkan beliau dah transpom secara otometik tanpa keizinan aku...
Maka lepas ni aku nak namakan beliau BUMBLEBEC pulak..Dengan harapan beliau betul² akan jadik transpomes dan seterusnya Optimus Prime akan sudi menerima beliau join geng Autobots..Kalo dia takmau, aku ugut pi join Decepticon..muahahahahahah~~ (gelak jahat)

notakecik:
Kalau dah beliau transpom camtu kan, agak² boleh tak beliau jadik transpomes?? aku serius ni!!
Kalau aku letak simbol Autobots kat tengah² stereng tu, buleh menjadi tak agak²??
Kalau beliau dah jadik transpomes nanti, tentu la beliau buleh bcakap kan?? Adakah beliau akan jawab soalan aku tadi?? huh?? Aku mula cuak.. T_T



2 Yang Memberontak on "Best Tak Kalau Memiliki BumbleBEC??"

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on February 21, 2010 at 2:48 PM said...

huwaa!!

Beckham adalah nama bekas suamiku!!

Oh tidak~

Pitam~

aneszailani on February 21, 2010 at 3:39 PM said...

heheh..rilex zara..
mengulit kenangan tak?? haha

Related Posts with Thumbnails
 

☆Moment of Life☆ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal