01 March 2010

Petunjuk Istikharah

Dibebel oleh aneszailani pada 12:06 PM
www.tips-fb.com
Tertidur dalam dakapan malam
Lena bersama doa-doa
Mimpi yang terbentang
Terasa dalam keharuan
Jasad terasa membeku
Jiwa diselimuti debaran

Dalam perjalanan mimpi
Menyingkap pada mata dan hati
Melagukan irama nan syahdu
Pada menyentuh kerohanian
Helaian demi helaian
Tersingkap warnanya

Dalam kesamaran tirai sutra
Menyelak tabir mimpi istikharah
Di sana terselak hijabnya
Sebagai satu petanda
Bayang yang menari-nari
Lembut menusuk kalbu

Namun ada dua persimpangan
Di hadapan terbentang
Antara dua laluan
Dua arah berbeza
Antara cahaya mentari dan pelangi




o0o0pppsss...
Ni bukan hasil aku..Sumpah bukan..Aku tak la sepuitis ini..hoho~
Tapi ni aku dapat dalam e-mail..Nukilan Cik Shania DK dari Group Sahabat Interaktif Malaysia a.k.a SIM...
Rasa syahdu je..Tu yang share kat sini..Hebat sungguh beliau mengarang puisi..


Ni pulak doa Istikharah yang diajar oleh adek aku..

"Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaan-Mu juga aku memohonkan kurnia-Mu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmu-Mu bahawa urusan aku ini _____________ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmu-Mu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdir-Mu itu."
*Sila isi tempat kosong dengan kekeliruan yang anda hadapi..


notakecik:
Aku keliru...Antara katak dengan kodok...Mana yang lebih comel?? 

0 Yang Memberontak on "Petunjuk Istikharah"

Related Posts with Thumbnails
 

☆Moment of Life☆ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal